Safawi terbang ke Portugal malam ini - Harian Metro

Assalamualaikum dan salam perjuangan,

Bakat yang dimiliki oleh Safawi Rasid memang sangat mengkagumkan. Anak kelahiran Dungun, Terengganu ini telah menyertai JDT pada tahun 2017 dan sepanjang karier beliau di sini, beliau telah membuat 22 jaringan di dalam 56 penampilan. Manakala bersama skuad senior Harimau Malaya, beliau telah menjaringkan 10 gol di dalam 34 perlawanan.

Safawi akan menyertai kelab Portimonense SC di Portugal selama semusim. Saya doakan beliau akan cemerlang di sana membawa nama Malaysia ke pentas dunia!

KFAK


Safawi 'terbang' ke Portugal malam ini

Kuala Lumpur: Bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid bakal berlepas ke Portugal malam ini bagi menyertai Liga Premier bersama kelab Portimonense SC.

Safawi yang baru saja membantu skuad Harimau Selatan menjuarai Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut malam tadi akan terus ke Kuala Lumpur bagi menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Dengan perkhabaran ini, Safawi akan muncul pemain kedua negara yang beraksi di liga utama Eropah selepas penyerang muda sensasi, Luqman Hakim Shamsuddin menyertai KV Kortrijk di Belgium Ogos lalu.

Saingan Premier yang sudah bermula pada 19 September lalu menyaksikan Portimonense SC kini menghuni tangga ke-15 daripada 18 pasukan dengan menghimpun satu mata daripada dua aksi setakat ini.

Kehadiran Safawi sememangnya ditagih bagi menajamkan jentera serangan kelab itu bagi memburu kemenangan pertama musim ini.

Untuk rekod, musim lalu Portimonense SC mengakhiri saingan musim lalu dengan berada di kedudukan ke-17 liga menerusi 33 mata selepas mengharungi 34 perlawanan dan pengurusnya adalah Antonio Folha.


https://www.hmetro.com.my/arena/2020/10/626895/safawi-terbang-ke-portugal-malam-ini


Ulasan