Tahukah kita dan ingat selalu bahawa.antara amalan menjadi impian mereka yang berada didalam kubur jika dihidupkan kembali di dunia adalah SEDEKAH!
Firman Allah taala :
"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya, "Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi orang-orang yang soleh."
(Surah Al-Munafiqun 63:ayat 10)
Setelah beroperasi sejak dari 2018 , Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Tahfiz Al Ukhuwwah berkomitmen tinggi untuk menyediakan tempat pembelajaran yang baik dan kondusif bagi penghafal cilik Al Quran.
Hari hari penambahan alatan pembelajaran , suasana sekolah dipertingkatkan. Sebahagian besar proses perubahan ini adalah hasil sumbangan yang tidak pernah putus para penyumbang dan penderma budiman.
Bagi menyediakan kelengkapan kelas darjah 1 sesi 2021 , kami mengalu-alukan sumbangan tuan puan yang budiman. Setiap sumbangan tuan puan walaupun RM 1.00 kami sangat hargai.
Salurkan sumbangan anda ke :
●Teras Ilmuan Enterprise
(Syarikat pengurusan kewangan , perbekalan dan persekolahan Sriti Kluang)
●Bank Islam Malaysia Berhad
●01050010034073.
Maklumkan sumbangan tuan/puan bagi tujuan rekod dan catatan kepada Ustaz Muhammad Aliffudin Bin Ramlee : www.wasap.my/60197260730/WakafTaalim2021
Kami mendoakan kebaikan dan kesejahteraan buat para penyumbang kami. Terima kasih.
[Sebarkan]
Ulasan
Catat Ulasan