LAWATAN KERJA KE KOLEJ KEMAHIRAN JOHOR CAWANGAN BATU PAHAT






Alhamdulillah, pada 14 Disember 2020 lawatan kerja saya ke Kolej Kemahiran Johor (KKJ) cawangan Batu Pahat yang terletak di Jalan Tembaga, Kampung Kenangan Dato’ Onn, Batu Pahat.
KKJ Batu Pahat memfokuskan kepada Pembuatan Pakaian Wanita (PPW) daripada peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap satu sehinggalah ke tahap 3 serta tahap 4 (Diploma).
Pada awalnya memang saya tidak menjangkakan bahawa kursus di sini akan mengajar PPW sehingga ke peringkat fesyen tetapi setelah melihat hasil dan kejayaan pelajar yang berjaya menang pertandingan rekaan baju dan dijemput untuk hadir ke pertunjukan fesyen dengan pihak lain, jangkaan saya meleset malah saya rasa bangga melihat kejayaan KKJ Batu Pahat melahirkan pereka fesyen sehingga ada yang berjaya membuka butik sendiri.
Di Johor hanya KKJ Batu Pahat sahaja kolej kemahiran yang menawarkan pengajian sehingga ke peringkat Diploma dan hasilnya mereka berjaya melahirkan bekas pelajar yang osem!
Kerajaan negeri melalui Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ) perlu tingkatkan lagi prasarana dan kemudahan di sini. Seperti mana lawatan saya yang terdahulu ke KKJ Kluang dan KKJ Muar, cadangan-cadangan tersebut akan saya bawa kepada Dato' Mohamad Hasni selaku Pengerusi KPYPJ.
Saya akan ke KKJ Johor Bahru dalam masa terdekat insya Allah. Terima kasih kepada Pengarah dan Timbalan Pengarah KKJ yang hadir dari JB tadi kerana telah turut bersama saya. Terima kasih kepada pihak KKJ BP yang menerima kehadiran saya dab terima kasih juga kepada cikgu Samsudin Kalewon yang mengiringi saya tadi.
Sekian, wassalam.
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Ahli Lembaga Pengarah KPYPJ.

Ulasan