KETUA PENGARAH KHIDMAT MALAYSIA TURUN KE PAHANG.





 

Seharian delegasi Ketua Pengarah ke Pahang bagi memantau keadaan bencana di sana. Lebih kurang perjalanan sekitar 2 jam lebih perjalanan selamat sampai ke Pahang.
Tuan Khairul Faizi Ahmad Kamil selaku Ketua Pengarah Khidmat Malaysia memantau beberapa Pusat Operasi Pusat Perpindahan Sementara (PPS). Sebanyak 281 PPS dibuka, 24,235 mangsa serta 6502 keluarga yang terlibat pada banjir di Pahang pada kali ini.
Dikesempatan ini juga delegasi Ketua Pengarah mengunjung Bilik Gerakan Khidmat Malaysia (KM) Negeri Pahang bagi menyerahkan bantuan wang tunai dan diterima oleh Khidmat Malaysia Negeri Pahang untuk diuruskan serta disampaikan bantuan tersebut terus kepada mangsa banjir di Pahang.
Terima Kasih diatas sumbangan derma dari pihak tuan puan, serba sedikit banyak membantu mangsa banjir ini. Moga diganjari pahala disisiNya.
Bagi menjayakan Tabung Bencana Banjir 2021, sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut:
Maybank Islamic
(5642 9431 0529)
Atas Nama “Khidmat Malaysia”
Dan Whatsapp slip transaksi kepada Ust Afiffudin 019 223 0858.

Ulasan