PERIKATAN NASIONAL NEGERI JOHOR MARA KEHADAPAN



Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

1. Alhamdulillah, kelmarin telah tercatat sejarah baharu khususnya di Johor apabila Jawatankuasa Kerja Badan Perhubungan Perikatan Nasional Negeri Johor telah dibentuk di dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin secara atas talian.
2. Johor menjadi negeri PERTAMA membentuk Jawatankuasa BPPNNJ di peringkat negeri dan ianya sebab satu 'signal' kesungguhan untuk membentuk PN sehingga ke peringkat Negeri/Parlimen.
3. Mesyuarat pertama ini, walaupun lebih kepada memfokuskan pembentukan jawatankuasa Badan Perhubungan namun tumpuan juga telah diberikan kepada strategi dan pendekatan PN Johor untuk terus secara konsisten, membela nasib dan kebajikan rakyat, khususnya rakyat negeri Johor.
4. Saya melihat sendiri bagaimana kesungguhan TSMY mempengerusikan mesyuarat tersebut dengan meletakkan harapan yang tinggi agar kerjasama di antara parti-parti di dalam PN dapat diperkukuh bagi mendokong kerajaan dan meletakkan matlamat kesatuan ummah sebagai keutamaan.
5. PAS sangat mengutamakan perpaduan. Sebagaimana kesediaan PAS untuk membentuk kerjasama sebelum ini sehingga terbentuknya Muafakat Nasional, begitu jugalah kesediaan PAS untuk membentuk dan mendokong kerajaan Perikatan Nasional.
6. Di dalam mesyuarat ini juga Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Haji Abdullah Bin Husin dan YB Senator Ir. Haji Nasir Bin Hashim telah dilantik sebagai Naib Pengerusi dan diyakini dapat membantu TSMY sebagai Pengerusi. Jawatan Setiausaha diberi mandat kepada YB Dato' Dr. Sahruddin Bin Haji Jamal sebagai Setiausaha dan Encik Ahmad Al Johari Bin Mohd Yusof sebagai Penolong Setiausaha.
7. Semoga kerjasama ini akan terus diperkasakan dengan kerjasama yang utuh , bak kata pepatah ; bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
Sekian, wassalam.
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
17 Januari 2021, 11.15 malam

Ulasan