Langkau ke kandungan utama

PGA rampas mercun, rokok, arak bernilai lebih RM700,000 di Kluang

 


PGA rampas mercun, rokok, arak bernilai lebih RM700,000 di Kluang

Februari 3, 2021 22:05 MYT

KLUANG: Batalion Kelima Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam, merampas pelbagai jenis mercun, rokok dan arak bernilai RM733,434 dalam dua serbuan berasingan, di sini, semalam.
Pegawai Pemerintahnya Supt Dimin Awang berkata serbuan dilakukan di Jalan Nipah dan Jalan Ara, Kampung Dato' A Rahman Yassin, Kluang kira-kira pukul 4.50 petang dan serbuan seterusnya dilaksanakan sejam kemudian.
Katanya, turut ditahan dalam serbuan itu, dua lelaki tempatan berusia 35 dan 49 tahun selain rampasan wang tunai bernilai RM5,000 dan sebuah kereta Perodua Alza.
Sebanyak 547 kotak mercun, 556 karton rokok dan 81 karton arak yang disita dipercayai dibawa masuk dari negara jiran.
Daripada siasatan awal, mercun terbabit adalah untuk pasaran sekitar Kluang dan juga Johor Bahru sempena sambutan Tahun Baharu Cina," katanya dalam sidang media di Simpang Renggam, di sini, hari ini.
Dimin berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.
Katanya, kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang untuk tindakan lanjut, manakala kedua-dua suspek didapati tiada rekod jenayah.
-- BERNAMA
Sumber ;
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pga-rampas-mercun-rokok-arak-bernilai-lebih-rm700000-di-kluang-281161

Ulasan