5 TAN BERAS UNTUK NEGERI PERAK BERJAYA DISERAHKAN

5 TAN BERAS UNTUK NEGERI PERAK BERJAYA DISERAHKAN

Ahamdulillah, tengahari tadi kami telah berjaya menyerahkan 5 tan beras kepada Sekretariat Tabung Bencana COVID (STBC) PAS Perak di Markaz PAS kawasan Kampar.
Beras telah diterima oleh Timbalan Pengerusi STBC PAS Perak Ustaz Sofian bin Rejab merangkap Yang Di Pertua PAS kawasan Kampar.
Beras-beras ini seterusnya akan diagihkan ke peringkat kawasan-kawasan.
Setakat ini, STBC telah berjaya menyerahkan sumbangan beras ke semua negeri di Malaysia, alhamdulillah.
STBC akan meneruskan usaha menyantuni masyarakat yang masih terkesan dengan bencana COVID19.
Turut bersama saya tadi Bendahari STBC Pusat, sdr Mohd Aafiffuddin Ir Azhar dan Pegawai Khidmat Malaysia, sdr Muizzuddin Hamid
Sekian, wassalam.
KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL
Ketua Pengarah Operasi
Sekretariat Tabung Bencana COVID PAS Pusat
28 Julai 2021

Ulasan