AZREEN NABILA ADA PONTENSI PECAH REKOD 100 METER WANITA KEBANGSAAN


Assalamu'alaikum warahmatullah,

Walaupun saya tidaklah begitu mengikuti perkembangan Olympic ketika ini yang sedang berlangsung di Tokyo, Jepun namun apabila terlintas dengan berita pelari pecut negra, Azreen Nabila Alias yang tampil dengan pakaian menutup aurat, rasa ingin mengikuti perkembangannya di sana. 

Saya sempat menonton rakaman Azreen, penuntut UPM dalam bidang Komunikasi ini yang mendapat tempat kedua dalam pusingan kelayakan, nampak beliau ada potensi untuk lebih berjaya selepas ini. 

Catatan rekod terbaik peribadinya 11.77 saat yang dicatatkan di Tokyo sudah pasti ada menjadi semangat untuk beliau pada masa akan datang.

Rekod G. Shanti 11.50 saat masih kekal sejak 1993 walaupun Zaidatul Husniah Zulkifli pernah mencatatkan 11.45s pada tahun 2017 di Johannesburg, Afrika Selatan tetapi tidak diiktiraf kerana terdapatnya bantuan angin.

Untuk rekod, Zaidatul Husniah adalah wakil Malaysia ke Sukan Olimpik bagi acara 100 meter wanita di Rio pada tahun 2016 dan berjaya melangkah ke pusingan pertama, sama seperti pencapaian Azreen pada hari ini.

Azreen ada potensi untuk pecahkan rekod 100 meter kebangsaan. Dia masih muda dan tidak mustahil sebelum dia menamatkan pengajian di UPM, rekod baharu kebangsaan akan berjaya dicatatkan.

KFAK 
-----------------------------------------------
Azreen Nabila tekad pecah rekod peribadi 

TOKYO: “Matlamat saya nak terus perbaharui rekod peribadi, perlahan-lahan saya cuba buat, mula dengan catatan 11.6 saat pada tahun depan, insya-Allah,” demikian reaksi pelari pecut negara Azreen Nabila Alias, selepas tamat pusingan pertama acara 100 meter pada Sukan Olimpik Tokyo 2020, hari ini.

Atlet berusia 21 tahun itu berkata, banyak pengajaran dan pengalaman diperolehnya bersaing pada temasya sukan berkenaan, yang boleh dimanfaatkan bagi memperbaiki prestasinya pada kejohanan akan datang.


https://harakahdaily.net/index.php/2021/07/30/azreen-nabila-tekad-pecah-rekod-peribadi/

Ulasan