EMPAT TAN BERAS UNTUK NEGERI PAHANG




EMPAT TAN BERAS UNTUK NEGERI PAHANG

Pagi ini, sebanyak 4 tan beras telah berjaya dihantar ke Pahang. Di Temerloh, Pengerusi Sekretariat Tabung Bencana PAS Negeri Pahang, Kak Rohaya binti Razali telah menerima sumbangan beras tersebut bagi pihak STBC Pahang.
Gigih Kak Rohaya yang berseorangan bawa kereta Exoranya dari jauh. Kak Rohaya juga adalah Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Pahang, memang dah sebati dengan kerja-kerja kebajikan.
Dalam masa yang sama, Kak Rohaya maklumkan bahawa penduduk di Rompin sedang hadapi masalah bekalan air. Khidmat Malaysia setuju untuk sumbangkan 200 kotak air mineral dan menyerahkan KM Pahang menguruskan pembelian dan penghantarannya.
Terima kasih kepada sahabat PAS Temerloh yang telah menguruskan penerimaan beras tadi.
Wassalam...
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Ketua Pengarah Operasi STBC PAS Pusat
Ketua Pengarah Khidmat Malaysia Pusat
12 Julai 2021

Ulasan