JANGAN TINGGALKAN PETUGAS DI SEKATAN JALAN RAYA




 

JANGAN TINGGALKAN PETUGAS DI SEKATAN JALAN RAYA

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera,
Jangan lupa kepada mereka yang bertugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) walaupun mungkin misi kita adalah untuk menyantuni masyarakat yang terkesan dengan bencana Covid19 ataupun mereka yang berada di Pusat Vaksin, Hospital atau pun di pusat Kuarantin.
Pastikan dalam kenderaan kita sediakan sekurang-kurangnya roti dan air minuman. Lebih baik jika dapat sediakan nasi lemak, mee goreng atau makanan panas untuk mereka yang bertugas ini.
Tidak lupa juga, boleh sumbangkan facemask ataupun sarung tangan getah kerana ia juga diperlukan oleh mereka ketika bertugas.
Hargai jasa dan tugas mereka yang berpanas dan berhujan untuk bersama-sama memastikan Covid19 dapat diatasi dengan secepat mungkin dari Malaysia tercinta ini.
Wassalam
Ketua Pengarah Operasi Sekretariat Tabung Bencana Covid PAS Pusat
Ketua Pengarah Khidmat Malaysia Pusat
Nota : Serahan sumbangan di SJR Gombak, Bentong dan Temerloh

Ulasan