KENYATAAN MEDIA - PROF MADYA DR MOHD MAZRI YAHYA



KENYATAAN MEDIA

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Masalah doktor kontrak bukan masalah baru yang dicipta oleh kerajaan pada hari ini. Ia adalah hasil daripada kesilapan perancangan oleh kepimpinan negara sejak 20 tahun yang lalu di bawah Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad. Keobsesan kerajaan yang memerintah pada waktu itu dengan nisbah doktor:populasi setaraf dunia maju menyebabkan agenda menghasilkan doktor dengan cepat telah menjadi agenda negara sehingga terlahir fakulti-fakulti perubatan baru yang terlalu banyak melebihi nisbah fakulti perubatan:populasi di negara-negara maju sendiri.
Natijahnya, disebabkan terlalu ramai graduan perubatan dan pada masa yang sama penjawatan kekal doktor siswazah di Kementerian Kesihatan adalah terhad, maka diperkenalkanlah satu sistem penjawatan baru di bawah sistem penjawatan kontrak pada Disember 2016 di bawah kepimpinan Perdana Menteri Malaysia ke 6, Dato Seri Najib Abdul Razak.
Pada ketika ia diperkenalkan, tiada mogok yang dilancarkan oleh mana-mana pertubuhan bukan kerajaan atau oleh mana-mana parti politik atau oleh doktor- doktor yang menandatangani perjanjian penerimaan jawatan kontrak tersebut. Namun ada beberapa penulisan dari orang perseorangan yang menjangkakan musibah pasti akan berlaku disebabkan kesilapan perancangan dari sudut penghasilan doktor dan juga perjawatan kontrak tersebut.
Penjawatan Doktor Kontrak ini secara keseluruhannya adalah lima tahun dan akan berakhir pada Disember 2021 ini. Sepanjang lima tahun tersebut, tiada usaha dilakukan samada oleh kerajaan BN yang berakhir pada 2018 atau oleh kerajaan PH yang berakhir pada 2020. Tiada desakan daripada awal sehinggalah di akhir 2020.
PAS menyedari masalah doktor kontrak ini. Beban kesalahan bukanlah di pihak doktor kontrak dan bukan juga di bawah kerajaan pada hari ini. PAS telah mengeluarkan memorandum ringkas pada 28hb Jun 2021 kepada Kabinet Malaysia, bagaimana untuk mengatasi masalah doktor kontrak ini samada untuk pelan jangkamasa pendek mahupun untuk pelan jangkamasa panjang.
Kami menyedari, untuk mengatasi masalah doktor kontrak untuk jangka panjang ia memerlukan perancangan yang rapi kerana ia akan memberi impak yang besar kepada negara. Tidak boleh dilakukan atas dasar sentimen atau emosi. Perlu juga dilakukan secara menyeluruh kerana beban penggajian akan meningkat melebihi RM2 billion setahun dengan jangkaan pertambahan RM250 juta setiap tahun dengan pengambilan semua graduan perubatan seramai 5000 orang yang dihasilkan negara setiap tahun itu.
Namun, PAS mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin di atas pengumuman rasmi kerajaan pada 23hb Julai 2021. Kenyataan tersebut telah menyatakan komitmen kerajaan untuk mengatasi masalah doktor kontrak tersebut dengan reformasi menyeluruh perkhidmatan kesihatan negara. Komitmen yang tidak pernah dilakukan oleh kedua-dua kerajaan sebelum ini.
Pada masa yang sama, YAB Perdana Menteri telah memenuhi hampir semua persoalan doktor kontrak tersebut samada penyambungan tempoh kontrak, komitmen penerusan kontrak bagi yang menyambung kepakaran sehingga tamat, Hadiah Latihan Persekutuan bagi yang berjaya mendapat tempat kursus kepakaran dan gaji dan cuti yang setara dengan doktor berjawatan tetap. Akhirnya Pengumuman YAB Perdana Menteri tersebut telah merapatkan jurang di antara doktor kontrak dan doktor tetap dan yang berbeza hanya pada namanya sahaja.
Justeru, PAS merasakan tiada lagi keperluan untuk Gabungan Doktor Kontrak meneruskan niat Hartal mereka apabila semua permintaan tersebut dipenuhi dan jaminan dan komitmen untuk merubah sistem kesihatan telah diberi.
Ini adalah masa untuk kita bersama di dalam menghadapi pandemik Covid-19 yang semakin kritikal dan masa yang
terbaik
Sekian. Wassalam
PROF. MADYA DR MOHD MAZRI YAHYA Pengerusi Lajnah Kesihatan PAS Pusat

Ulasan