KONGSI REZEKI MELALUI GEROBOK REZEKI

 

KONGSI REZEKI MELALUI GEROBOK REZEKI

Alhamdulillah, petang semalam ketika meronda-ronda mencari Pisang Goreng di keliling Pejabat PAS Negeri Johor di Bandar Baru UDA (BBU), saya melihat sebuah kedai runcit atau mini market yang menyediakan satu sudut untuk pengumpulan barangan sumbangan orang ramai untuk diagihkan kepada mereka yang terkesan dengan bencana COVID.

Sewaktu saya tiba, dianggarkan lebih kurang 30 orang sedang berbaris untuk menanti giliran masing-masing untuk menerima sumbangan masing-masing.

Petang ini, seperti dimaklumkan oleh sdr Ahmad Al Johari, PAS Johor Baharu pula menyerahkan sumbangan di hadapan pejabat PAS Johor kepada 40 orang penerima sumbangan. 

Kepada yang berada, sumbangkan kepada mereka yang tiada. Kita kongsi rezeki, insya Allah akan diberkati dan dirahmatiNya.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
18 Julai 2021

Ulasan