Kuliah Subuh Ustaz Idris bin Ahmad pada 22 Julai 2021


 Kuliah Ustaz Idris bin Ahmad pada 22 Julai 2021
============================
Ciri orang yang kita nak berkawan adalah orang yang mutadayyin, berkawanlah dengan orang yang ikut agama, bukan mereka yang fasik.

Kenapa bukan dengan orang fasik? 

Pertamanya, orang fasik ambil ringan untuk melakukan maksiat. 

Keduanya, bila berkawan dengan mereka, kita juga akan cenderong untuk melakukan maksiat.

Ketiga, ia akan  menghilangkan rasa benci akan maksiat dalam hati kita.

Keempat, sampai kepada tindakan kita akan melakukan maksiat seperti mereka yang fasik.

Sabda Nabi Muhammad SAW;

"Seseorang itu muafakah atas agama kawannya, maka tengoklah kamu akan seseorang yang kamu jadikan sahabat itu"
Riwayat Abu Daud & Tirmizi

Seseorang itu bersamaan dengan agama kawan dia. Kalau kita tengok kawan dia, maka itulah diri dia.

Sebab apa kita malas pergi solat berjamaah? Sebab kita berkawan dengan orang yang macam itu.

Firman Allah Ta'ala dalam surah Al-kahfi ayat ke 28 ;

"...Dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran"

Seperti dalam surah An Najm ayat ke 29; 

"Oleh itu, janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan orang yang berpaling dari pengajaran Kami, dan tidak mahu melainkan kehidupan dunia semata-mata."

Hidup hanya fikir untuk dunia sahaja walaupun usia sudah semakin tua tak ingatkan Allah SWT dan hari Akhirat.

Catitan ringkas KFAK daripada kuliah Subuh Ustaz Idris bin Ahmad. Klik sini untuk rakaman kuliah ;

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=5779370948799541&id=100000445689628

Ulasan