MENTERI KPPK SUMBANG 2 EKOR LEMBU KORBAN






Alhamdulillah, hari ini saya diberikan kekuatan oleh Allah untuk turun sama dalam program korban pada hari yang terakhir (hari ke 4).

Sebanyak dua ekor lembu telah dikorbankan dan sebanyak 162 beg yang berisi daging korban 1kg, air mineral dan satu pek minyak masak telah diserahkan kepada penduduk FELDA Air Hitam, Johor.

Terima kasih kepada YBM Dato' Dr. Ustaz Khairuddin Aman Razali, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Majlis Persijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC), Khidmat Malaysia dan NGO Permai Care yang terlibat dalam menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada para petugas yang telah membantu menguruskan persiapan sejak awal lagi.

Ustaz Abdullah bin Hussin selaku Penasihat NGO Khidmat Malaysia Negeri Johor yang turut hadir telah menyerahkan sumbangan tersebut kepada wakil penduduk untuk diagihkan kepada para penerima dan juga kepada Timbalan Ketua Balai Polis Sri Lalang yang telah diberikan 10 beg sumbangan.

Sekian, wassalam.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
22 Julai 2021

Ulasan