SALAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA ARWAH MOHAMAD BIN BAHAK

SALAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA ARWAH MOHAMAD BIN BAHAK

PAS kawasan Kluang ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Encik Muhamad Bin Bahak yang telah kembali ke rahmatullah pada malam tadi.
Arwah adalah merupakan mantan setiausaha PAS kawasan Kluang daripada tahun 1989 sehingga 1999 adalah merupakan seorang ahli yang sangat komited dengan perjuangan PAS khususnya dalam urusan mentadbir organisasi PAS kawasan Kluang sebelum ini.
Arwah juga adalah merupakan orang pertama yang saya kenali di dalam PAS Kluang pada tahun 1997 sebelum saya bergiat aktif dengan PAS selepas itu.
Arwah yang juga merupakan ketua PAS cawangan Taman Ilham pada sesi ini agak kurang aktif sejak kebelakangan ini kerana faktor kesihatan. Kehilangan arwah sudah tentulah memberikan kesan kepada PAS di Kluang khususnya.
Semoga roh arwah akan ditempatkan oleh Allah bersama dengan golongan orang yang beriman.
Sekian, wassalam.
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Yang Di Pertua PAS kawasan Kluang
24 Julai 2021

Ulasan