TANJUNG SEDELI DI TIMPA BENCANA ; HULURKAN BANTUAN ANDA




 TANJUNG SEDELI DI TIMPA BENCANA ; HULURKAN BANTUAN ANDA

Assalamualaikum dan salam khidmat,
Khidmat Malaysia Negeri Johor (KMNJ) telah menerima satu laporan pada malam tadi bahawa telah berlaku satu bencana ribut yang melanda di beberapa tempat di Negeri Johor, Tanjung sedili di Kota Tinggi adalah merupakan kawasan yang teruk terkesan dengan bencana ini.
Melalui maklumat yang diterima daripada Penyelaras Khidmat Malaysia kawasan Kota Tinggi, bencana ini telah mengakibatkan lebih kurang 150 buah rumah yang terkesan dengan bencana ribut ini dan sebahagian daripada rumah-rumah ini telah mengalami kerosakan seperti kehilangan atap.
Pagi ini beberapa pimpinan KMNJ turun ke kawasan Tanjung Sedili bagi meninjau keadaan di sana dan menyampaikan sumbangan kepada wakil Khidmat Malaysia di Kota Tinggi untuk disampaikan kepada penduduk yang terjejas akibat daripada ribut yang berlaku semalam.
KMNJ menyeru masyarakat di luar turut sama membantu mangsa yang terkesan akibat ribut tersebut dengan menyalurkan sumbangan ke akaun (KMNJ) seperti di bawah ;
Akaun : PERHUBUNGAN PAS NEGERI JOHOR
Bank : CIMB BANK
No. Akaun : 8006 9674 29
Sila maklumkan kepada sdr. Ekhwan Nazari di talian 0136002123 selepas sumbangan disalurkan ataupun ingin mendapatkan info lanjut.
KMNJ berharap agar mangsa yang terlibat dengan bencana ribut ini supaya tabah menghadapi ujian daripada Allah Ta'ala ini dan KMNJ akan berusaha memastikan bahawa setiap mangsa akan mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada pihak kerajaan yang kami yakin dan percaya akan segera melaksanakan tugas mereka.
Sekian wassalam.
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Pengerusi Khidmat Malaysia Negeri Johor
24 Julai 2021

Ulasan