KENYATAAN MEDIA BPPNJ - MENJUNJUNG KASIH TITAH TUANKU-PEREBUTAN KUASA TATKALA RAKYAT SUSAH



KENYATAAN MEDIA

MENJUNJUNG KASIH TITAH TUANKU-PEREBUTAN KUASA TATKALA RAKYAT SUSAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

1. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

2. Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (PAS Johor) merafak sembah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, Sultan Johor, yang telah berkenan memberikan titah mengenai isu perebutan kuasa tatkala rakyat dalam keadaan susah.

3. PAS Johor menjunjung kasih dan menyokong penuh titah Tuanku yang tegas menyatakan pendirian selaku Ketua kerajaan bagi negeri dan jajahan takluk Johor, memberi peringatan kepada semua peringkat pimpinan negara dan negeri khususnya pimpinan Melayu Islam, bersempena sambutan tahun 1443 Hijrah.

4. PAS Johor juga menjunjung kasih dan merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas kebijaksaan Tuanku memberi peringatan melalui firman Allah , Surah Al- Imran ayat 26 :
“Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

5. PAS Johor terus menjunjung kasih dan menyokong titah Tuanku untuk semua pihak bersama-sama memberikan tumpuan kepada usaha-usaha membantu rakyat yang sedang kesusahan dan terhimpit akibat kesan pandemik COVID-19.

6. PAS Johor sentiasa berdoa agar pemerintahan dan kepimpinan Tuanku di negeri Johor akan terus berada dibawah naungan perlindungan dan rahmat Allah SWT, serta diberi kemudahan, kekuatan dan kesejahteraan.

Sekian. Wassalam.

#IslamMemperkukuhPerpaduan #MakmurJohor #JohorSejahtera #KerajaanPrihatin #MalaysiaPrihatin

USTAZ ABDULLAH BIN HUSIN
Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Johor

Ulasan