Sementara itu, Pengarah JPrP PAS Kluang, Zulkifli Mat juga turut menyatakan seharusnya setiap petugas PACA perlu mempunyai pengetahuan terhadap perjalanan dan proses pilihan raya.
“Selain daripada bersifat tegas dan berani, seorang PACA perlu memiliki ilmu dan maklumat yang tepat untuk mengelakkan sebarang perkara yang diragukan berlaku,” ujar beliau.
Seramai 32 peserta yang hadir diberi pendedahan mengenai tugas-tugas serta kepentingan PACA sewaktu pilihan raya berlangsung.
Turut hadir adalah Setiausaha Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Pusat, Selvendran Velu dan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Media Baharu PAS Kluang, Ikhwan Basaruddin dan Ketua Muslimat PAS Kluang, Latipah Omar. – HARAKAHDAILY 28/8/2021
https://harakahdaily.net/index.php/2021/08/28/pru15-pas-kluang-anjur-kursus-maya-paca/
Ulasan
Catat Ulasan