SELAMATKAN TANAH RAKYAT

SELAMATKAN TANAH RAKYAT

Petang ini, saya diberikan taklimat selama kira-kira 1 jam 20 minit berkaitan dengan isu tanah yang melibatkan sebuah kampung di dalam daerah Johor Baharu.
Tanah yang asalnya dibeli oleh orang kampung tetapi kemudiannya berhadapan dengan ketidaktentuan status tanah mereka yang telah mereka duduki dan diami sejak lebih 40 tahun dahulu.
Usaha gigih mereka untuk mempertahankan hak masing-masing saya kagumi.
Beberapa tindakan susulan akan di ambil segera hasil daripada perbincangan tadi.
Wassalam.
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
1 Ogos 2021

Ulasan