SOLATLAH DI MANA JUA KITA BERADA WALAUPUN SECARA ISYARAT KELOPAK MATA


 

SOLATLAH DI MANA JUA KITA BERADA WALAUPUN SECARA ISYARAT KELOPAK MATA

Beberapa hari ini kecoh tentang foto beberapa anggota Jabatan Amal yang bersolat di atas batu.
Awalnya saya tidaklah berhasrat nak respon apa-apa kerana saya fikir mereka yang posting tentang isu tersebut tidaklah berada di lapangan ketika bencana berlaku.
Asasnya, solat itu wajib untuk kita tunaikan bila sudah lengkap syaratnya. Sama ada masa kita sakit, susah ataupun dalam kepadatan masa dengan kerja, solat wajib kita tunaikan.
Dalam Unit Amal (dulu) atau Jabatan Amal (sekarang) memang anggotanya dididik atau ditarbiyah supaya jangan tinggal solat.
Kebetulan, dalam satu operasi membantu mangsa banjir (rujuk lampiran) di Sri Medan Batu Pahat tahun 2006, kami tidak dapat untuk keluar dari kawasan yang telah ditenggelami banjir. Bot kami rosak dan jalan keluar sangat jauh.
Kerana waktu maghrib telah masuk dan sebahagian besar daripada kumpulan petugas ini adalah orang Batu Pahat maka kami solat juga di atas jalan raya secara berjamaah ketika air menghampiri ke paras pinggang.
Justeru solatlah dimana jua kita berada walaupun ketika itu kita hanya mampu bersolat dengan isyarat kelopak mata akibat keuzuran
KFAK

Ulasan