SUMBANGAN BAKUL MAKANAN PN KEPADA PERSATUAN KEPOLISIAN KOMUNITI KLUANG



SUMBANGAN BAKUL MAKANAN PN KEPADA PERSATUAN KEPOLISIAN KOMUNITI KLUANG
Pada pagi tadi Perikatan Nasional (PN) Parlimen Kluang telah menyerahkan lima kotak Bakul Makanan PN kepada Foodbank Persatuan Kepolisian Komuniti Kluang di Taman Sri Kluang.
Ia telah diserahkan oleh Encik Pang Wui Ming (Pengerusi GERAKAN Parlimen Kluang) dan diiring oleh En. Mohd Nor bin Lingan (Ketua BERSATU Bahagian Kluang) dan En. Khairul Faizi bin Ahmad Kamil (Yang Di Pertua PAS kawasan Kluang).
Sumbangan tadi telah diterima oleh Dato' Chia selaku Pengerusi Persatuan.

Ulasan