GEROBOK KAMI PRIHATIN PERTAMA DILANCARKAN DI PARLIMEN SEKIJANG

GEROBOK KAMI PRIHATIN PERTAMA DILANCARKAN DI PARLIMEN SEKIJANG

SEGAMAT : Gerobok Kami Prihatin (GKP) yang diinisiatifkan oleh Sekretariat Tabung Bencana COVID PAS (STBC) telah mula disediakan untuk menyantuni masyarakat yang terkesan dengan pendemik Covid19.
GKP mula dilaksanakan oleh STBC pada bulan September ini dengan menawarkan insentif kepada mana-mana PAS kawasan yang berminat untuk membuka GKP di lokasi yang strategik.
STBC menawarkan 70 permohonan terawal untuk mana-mana Kawasan dan setiap Kawasan diberikan semaksima satu unit sahaja.
Menurut Ketua Pengarah Operasi STBC Pusat Khairul Faizi bin Ahmad Kamil, sehingga kini sebanyak 40 permohonan telah diterima daripada seluruh negara termasuk dari Sabah dan Sarawak.
"Permohonan PAS kawasan ini akan mula diserahkan secara berperingkat setelah dokumen siap diproses.
"Dalam masa yang STBC akan memantau perjalanan GKP yang diwujudkan supaya ia benar-benar diletakkan di tempat yang strategik dan berkesan" kata beliau.
Menurut beliau lagi, berasaskan kepada konsep "Ambil Jika Perlu, Sumbang Jika Mampu", GKP ini turut membuka ruang kepada masyarakat umum untuk turut sama menyumbang kepada projek ini bagi meringankan kesusahan yang dihadapi oleh masyarakat yang terkesan dengan pendemik COVID19.
Semalam, GKP yang pertama telah dilancarkan di Adams Mart, Bandar Putra IOI, Segamat. Pemilihan lokasi ini adalah kerana untuk memudahkan urusan para pelanggan yang boleh terus mendapatkan barangan di kedai ini semasa membuat pembelian dan meletakkan sumbangan tersebut ke rak yang telah disediakan.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Penyelaras Khidmat Malaysia Parlimen Sekijang, Puan Normala binti Sudirman, En. Maarof bin Abd Mutalib, En. Abdul Hadi bin Suhaimi dan beberapa sukarelawan Khidmat Malaysia.

Ulasan