KENYATAAN MEDIA :UCAPAN TAHNIAH DI ATAS PERLANTIKAN SEBAGAI PENGERUSI MAJLIS PEMULIHAN NEGARA



KENYATAAN MEDIA :UCAPAN TAHNIAH DI ATAS PERLANTIKAN SEBAGAI PENGERUSI MAJLIS PEMULIHAN NEGARA

Perikatan Nasional Negeri Johor (PN Johor) merakamkan ucapan setinggi-tinggi Tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin bin Yassin kerana telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri.
Keputusan yang telah dicapai oleh Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 1 September lalu seperti mana yang telah diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali memperlihatkan satu pengiktirafan yang tinggi kepada Tan Sri Muhyiddin atas dasar keyakinan kerajaan terhadap kemampuan beliau untuk menerajui strategi pemulihan negara dengan hasrat untuk mencapai impak pemulihan ekonomi dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.
Tan Sri Muhyiddin selain dari berbesar hati menerima perlantikan ini telah menyatakan bahawa kesediaannya untuk menjalankan tugas dengan sukarela tanpa apa-apa imbuhan sepanjang melaksanakan tugas yang diamanahkan ini.
PN Johor mendoakan agar Tan Sri Muhyiddin akan terus diberikan kekuatan olehNya bagi menggalas tanggungjawab yang besar ini dan seterusnya membawa negara keluar daripada Pendemik Covid-19.
Sekian.
KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL
Ketua Penerangan
Perikatan Nasional Negeri Johor
5 September 2021

Ulasan