KUNJUNGAN KE PARLIMEN SEKIJANG



KUNJUNGAN KE PARLIMEN SEKIJANG

Petang tadi turun ke Parlimen Sekijang. Ambil peluang untuk bertemu dengan sahabat pimpinan PAS, BERSATU dan GERAKAN.
Antara yang hadir adalah Ketua Bahagian BERSATU Sekijang sdr Uzzair Ismail bin Ismail, sdr Maarof bin Abd Mutalib (YDP PAS kawasan Sekijang), En. Steven Tay (GERAKAN Sekijang), cikgu Normala Sudirman binti Sudirman (Ketua Penerangan Wanita PN Johor) dan beberapa orang pimpinan daripada ketiga-tiga parti.
Alhamdulillah, pertemuan pertama yang melibatkan ketiga-tiga parti di peringkat Parlimen berjalan dengan harmoni.
Saya memberikan penekanan terhadap perlunya gerakerja bersepadu atas nama PN. Perlu bekerja dalam satu pasukan dengan kerjasama kesemua parti.
PN adalah gabungan politik yang
terbaik
ketika ini sebagai pilihan rakyat berbanding dengan gabungan politik yang lain.
Justeru perlu 'pasarkan' jenama PN ke dalam masyarakat secara berkala dengan menyeluruh.
Wassalam.
Khairul Faizi Ahmad Kamil
Ketua Penerangan PN Negeri Johor
10 September 2021

Ulasan