TUMPAHAN BAHAN KIMIA : SIKAP MANUSIA YANG PENTINGKAN DIRI SENDIRI



TUMPAHAN BAHAN KIMIA : SIKAP MANUSIA YANG PENTINGKAN DIRI SENDIRI

Hari ini, saya terima beberapa whatsapp dan panggilan dengan isu pencemaran yang sekali lagi berlaku di Johor yang melibatkan Kampung Baru Sri Aman, Seelong.
Dilaporkan dua penduduk pengsan dan lebih 100 orang dipindahkan susulan bau busuk disyaki tumpahan bahan kimia di sungai berhampiran kampung berkenaan.
Malah turut dikesan kematian ikan-ikan di sungai yang disyaki telah dicemari dengan bahan kimia.
Saya telah panjangkan perkara ini kepada Pegawai KASA awal pagi tadi dan telah mengarahkan Setiausaha Khidmat Malaysia Negeri Johor sdr Sanusi Mat Yah Mohd Sanusi My untuk membuat tinjauan ke lokasi ini.
Kecewa dan sedih melihat sikap manusia yang masih lagi berdegil dan tidak berperikemanusiaan. Pelbagai tindakan dan pendakwaan telah dibuat dan hukuman telah diberikan tetapi tetap ada manusia yang degil.
Semoga pelaku pencemaran ini ditangkap segera dan dikenakan dengan hukuman yang setimpal.
Khidmat Malaysia Negeri Johor akan terus memantau perkembangan dan akan menyalurkan bantuan dalam masa terdekat selepas menerima laporan.
Sekian.
KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL
Pengerusi Khidmat Malaysia Negeri Johor
15 September 2021

Ulasan