24 HARI LAGI : MUKTAMAR TAHUNAN PAS PUSAT



24 HARI LAGI : MUKTAMAR TAHUNAN PAS PUSAT

Mesyuarat Agung Tahunan Dewan-Dewan Kawasan Melabuh Tirai
Seperti mana yang diputuskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, tarikh bagi Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat di peringkat Kawasan-kawasan adalah pada 7 hingga 11 Oktober 2021.
Tahniah kepada kepimpinan yang baharu bagi sesi 2021/2023, semoga dapat menggalas tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaiknya. Tahniah juga kepada kepimpinan sesi yang lalu 2019/2021 kerana telah berjaya mengemudi organisasi masing² dengan sebaik mungkin.
Keperluan untuk setiap Dewan untuk memastikan dapat menyelesaikan MAT pada tarikh yang ditetapkan adalah bagi membolehkan Dewan² ini dapat membentuk Jawatankuasa Kerja yang baharu, membuat pencalonan Jawatankuasa Kerja PAS kawasan, menghantar nama perwakilan dan usul² ke MAT PAS Kawasan.
Dewan² Kawasan juga perlu membuat perkara yang sama bagi menghadapi Muktamar Tahunan di peringkat Negeri dan Pusat tetapi ianya tidaklah sesegera yang diperlukan untuk persiapan di peringkat PAS kawasan kerana MAT Kawasan² akan berlangsung bermula 14 hingga 17 Oktober ini.
Sekiranya Dewan² Kawasan menghadapi masalah untuk mengadakan MAT pada tempoh yang ditetapkan dan terpaksa melewatkan MAT, ia masih lagi boleh dilaksanakan selepas tarikh cuma Dewan² ini tidak dapat menghantar perwakilan ke peringkat MAT kawasan sekiranya ia dilaksanakan selepas tarikh MAT Kawasan bersidang.
Sekian.
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
PSUA PAS
12 Oktober 2021

Ulasan