26 HARI LAGI : MUKTAMAR TAHUNAN PAS PUSAT



26 HARI LAGI : MUKTAMAR TAHUNAN PAS PUSAT

Perlembagaan PAS ; Buku Rujukan Utama Bila Tiba Musim Mesyuarat Agung
Buku Perlembagaan PAS (pindaan 2020) adalah merupakan buku Perlembagaan yang terkini pindaannya yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 18 Ogos 2020.
Perkara utama pindaan perlembagaan ini adalah untuk menaiktaraf Urusan 'Ulamak PAS Kawasan kepada Dewan 'Ulamak PAS Kawasan (Fasal 50, 51, 52 dan 53) yang menyebabkan agenda memilih Ketua Urusan 'Ulamak ditiadakan di dalam agenda Mesyuarat Agung PAS Kawasan.
Ini bagi menjelaskan bahawa sekiranya di peringkat PAS kawasan yang masih belum lagi berjaya menubuhkan Dewan 'Ulamak PAS kawasan, maka tidak ada sebab yang membolehkan PAS kawasan memilih jawatan Ketua Urusan Ulamak seperti dua tahun yang lalu.
Sekiranya masih lagi terdapat kekeliruan berkaitan dengan Mesyuarat Agung khususnya yang berkaitan dengan perjalanan pemilihan maka boleh merujuk kepada Aturan dan Peraturan Pemilihan PAS (pindaan 2021)
Sekian.
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
PSUA PAS
10 Oktober 2021

Ulasan