27 HARI LAGI : MUKTAMAR TAHUNAN PAS PUSAT

27 HARI LAGI : MUKTAMAR TAHUNAN PAS PUSAT

Persidangan Secara Hybrid Cabaran Baharu Dalam Mengendalikan Muktamar PAS.
Tahun ini adalah tahun Kedua PAS melaksanakan Muktamar Tahunan secara hybrid. Walaupun tahun lalu, istilah 'hybrid' belum diperkenalkan namun konsepnya adalah sama seperti yang bakal dilaksanakan pada tahun ini.
Lebih mencabar apabila tahun ini berlakunya pemilihan parti yang melibatkan jawatankuasa di semua peringkat dari PAS cawangan sehingga ke PAS Pusat.
Tahun lalu, Muktamar Tahunan PAS telah diadakan di PUTIK, Kelantan yang melibatkan seramai 1,046 perwakilan namun hanya 229 orang sahaja yang hadir ke persidangan di PUTIK mnakala bakinya berada di peringkat negeri. Mengikut rekod, sebanyak 15 tempat telah dibuka untuk mengumpulkan para perwakilan.
Tahun ini, Muktamar PAS akan bersidang di Kuala Terengganu dengan konsep yang sama. Mengikut perancangan awal, beberapa PAS kawasan akan dikumpulkan di satu tempat untuk membolehkan perwakilan hadir secara hybrid dan ianya akan melibatkan beberapa zon yang perlu diwujudkan di peringkat negeri yang mempunyai banyak Parlimen/kawasan seperti Sarawak, Johor, Perak dan Selangor.
Jabatan Teknologi Maklumat dan Data Raya telah diberikan tanggungjawab untuk membina siatem pengundian secara 'stand alone e-voting' dan telahpun digunakan sejak semalam dalam pemilihan PAS di peringkat Dewan-Dewan di seluruh negara.
Sekian.
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
PSUA PAS
9 Oktober 2021
Keterangan gambar : perwakilan PAS kawasan-kawasan yang hadir di Muktamar PAS secara atas talian di Komplek Sukan Pagoh, Johor.

Ulasan