30 HARI LAGI : MUKTAMAR TAHUNAN PAS PUSAT









30 HARI LAGI : MUKTAMAR TAHUNAN PAS PUSAT

Presiden PAS merujuk kepada jawatan eksekutif tertinggi dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Jawatan ketua eksekutif PAS ini pada awalnya dikenali sebagai “Yang Dipertua PAS” sejak penubuhan PAS pada 1951, tetapi ekoran tumbuhnya cawangan-cawangan PAS mulai 1952, di mana Ketua PAS Cawangan (sekarang disebut sebagai PAS Kawasan) juga dikenali sebagai Yang Di Pertua PAS, maka Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kedua pada 26-27 Ogos 1953 telah memutuskan bahawa jawatan ini dikenali sebagai “Yang Dipertua Agung PAS.”
Pada 1971, Timbalan Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Hassan Adli Mohd Arshad pernah mencadangkan jawatan Yang Dipertua Agung PAS ditukar kepada “Ketua Pimpinan PAS,” tetapi ditolak oleh Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan PAS 1971, yang menyebabkan nama asal terus digunakan sehingga 1987. Pindaan Perlembagaan PAS pada 1987 telah mengubah nama jawatan Yang Dipertua Agung PAS kepada “Yang Dipertua PAS Pusat,” sebelum ia dikenali sebagai “Presiden PAS” mulai 1993.
YANG DIPERTUA PAS
1951 - 1953 – Hj Ahmad Fuad bin Hassan
YANG DIPERTUA AGUNG PAS
1953 - 1956 – Dr. Hj Abbas bin Hj Ilias
1956 - 1965 – Dr Burhanuddin bin Hj Mohd Noor
1965 - 1966 – Tan Sri Mohd Asri Haji Muda (Memangku ketika Dr Burhanuddin ditahan di bawah ISA)
1966 - 1969 – Dr Burhanuddin bin Hj Mohd Noor
1969 - 1982 – Tan Sri Mohd Asri Haji Muda
1982 - 1989 – Tuan Guru Haji Yusuf Rawa
1989 – 1993 – Dato’ Haji Fadzil bin Mohd Noor
PRESIDEN
1993 – 2002 – Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor
2002 – 2003 – Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang (Memangku selepas kematian Dato’ Fadzil bin Mohd Noor)
2003 - Kini – Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang
Sekian.
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
PSUA PAS
6 Oktober 2021

Ulasan