35 HARI LAGI : MUKTAMAR TAHUNAN PAS PUSAT


 

35 HARI LAGI : MUKTAMAR TAHUNAN PAS PUSAT

Markaz Tarbiyyah PAS Pusat yang terletak di Taman Melewar, Batu Caves adalah merupakan tempat yang sangat sinonim dengan PAS dan Muktamar PAS.
Malah, apabila disebut Taman Melewar sahaja, umum akan mengaitkannya dengan PAS.
Sejak Markaz Tarbiyyah ini mula beroperasi pada tahun 1987, sebanyak 25 kali (38%) Muktamar Tahunan PAS diadakan di sini.
Ia bermula dengan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-33 pada 10-12 April 1987 dan inilah kali Pertama PAS Pusat mengadakan Muktamar Tahunan di markaznya sendiri.
Mengikut tulisan sdr sdr Mohd Fadli Ghani, sebelum ini hanya sekali sahaja PAS bermuktamar di bangunan miliknya sendiri iaitu Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-13 pada 20-21 April 1965 yang diadakan di Dewan Zulkifli, Bangunan PAS Kelantan, Kota Bharu.
Manakala kali terakhir PAS bermuktamar di Markaz Tarbiyyah adalah semasa Muktamar Tahunan PAS Ke-57 pada 3-5 Jun 2011 yang pada masa itu telah mula dikendalikan oleh Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) sejak tahun 2010.
Sekian.
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
PSUA PAS
1 Oktober 2021

Ulasan