LAWATAN KE MEDIA BAHASA MANDARIN DI KLUANG




 

Alhamdulillah, pagi ini, dapat membuat kunjungan hormat ke pejabat akhbar Sin Chew dan China Press sempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelang.
Miss Yap (Sin Chew) dan miss Ms Teng (China Press) adalah orang lama media di Kluang yang saya dah kenali sejak dahulu.
Atas idea Ustaz Muhammad Aliffudin Ramlee, tahun ini kami hantar Kek sempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelma.
Saya ditemani oleh Khairul Anuar Ahmad Kamil, Muhammad Nazirul Munir (Ketua Penerangan) dan Haji Saharudin bin Sukor (Pengerusi LPN).
Kebetulan di China Press tadi, ms. Teng memberikan sedikit penerangan berkaitan dengan SOP yang telah diumumkan oleh kerajaan semalam bagi menghadapi perayaan CNY.
Walaupun masih ada SOP yang perlu dipatuhi, namun sudah tentulah masyarakat kaum Cina yang akan meraikan perayaan Tahun Baru mereka ini gembira kerana boleh balik beraya pada tahun ini.
新年快乐, 恭喜发财

Ulasan