PAS LEBIH UTAMAKAN PERPADUAN, MENCERCA BUKAN JALAN PENYELESAIAN


PAS LEBIH UTAMAKAN PERPADUAN, MENCERCA BUKAN JALAN PENYELESAIAN 

1. Saya telah membaca laporan berita berkaitan dengan satu kenyataan yang menyebut bahawa tindakan Pimpinan PAS Johor yang ingin meneruskan perbincangan bersama UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah sebagai menagih simpati seperti 'gila talak' dan menunjukkan PAS terhegeh-hegeh serta hilang arah. 

2. Datuk Nur Jazlan bin Mohamed adalah merupakan seorang pemimpin UMNO di Johor yang sering membuat kenyataan berkaitan dengan hubungan PAS/UMNO khususnya yang berkaitan dengan Muafakat Nasional. Beliau yang merupakan Timbalan Pengerusi UMNO Negeri Johor tidak lekang daripada kenyataan-kenyataan yang dilihat semakin menjarakkan kedua-dua parti ini.

3. Di antaranya ; 

i. PAS Tak Boleh Dipercayai, Muafakat Nasional Sudah Gagal, Kata Nur Jazlan
https://www.malaysia-today.net/2021/12/30/pas-tak-boleh-dipercayai-muafakat-nasional-sudah-gagal-kata-nur-jazlan/

ii. Walak Pas bawa bala pada UMNO
https://www.utusan.com.my/rencana/2022/01/walak-pas-bawa-bala-pada-umno/

iii. PAS sebenarnya sudah takut kalah dengan UMNO, kata Nur Jazlan
https://www.agendadaily.com/politik/pas-sebenarnya-sudah-takut-kalah-dengan-umno-kata-nur-jazlan/

iv. PAS nak jumpa MB cubaan jadi kerajaan 'pintu belakang' - Nur Jazlan
https://www.youtube.com/watch?v=5NZNGRm2mCU

v. Semua 'pasangan' Pas merana selepas bersama: Nur Jazlan
https://www.sinarharian.com.my/article/181859/BERITA/Politik/Semua-pasangan-Pas-merana-selepas-bersama-Nur-Jazlan

vi. ‘PAS tamak mahu banyak kerusi, nak berlagak dengan Umno’, kata Nur Jazlan
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/01/26/pas-tamak-mahu-banyak-kerusi-nak-berlagak-dengan-umno-kata-nur-jazlan/

4. Walaupun kerap kali kenyataannya mengguris hati namun ianya dibiarkan berlalu tanpa jawapan balas oleh kepimpinan PAS di Johor kerana apa yang lebih penting adalah usaha untuk memperkukuhkan hubungan PAS-UMNO di atas kesepakatan Muafakat Nasional diberikan keutamaan. Bukan hanya kerana ketika ini telah tiba ke saat PRN akan diadakan namun kesabaran untuk PAS mengadakan pertemuan dengan UMNO Johor juga tetap diteruskan walaupun masih lagi bertemu waktunya sehingga kini.
 
5. Kenyataan terbaru Nur Jazlan yang menempelak PAS yang kononnya terhegeh-hegeh bukanlah satu yang mengejutkan malah ianya satu kenyataan yang boleh dianggap sambungan siri-siri kenyataan beliau untuk menjarakkan lagi hubungan PAS dan UMNO.

6. Seingat saya, dalam tiga kali mesyuarat Muafakat Nasional peringkat Negeri Johor dilaksanakan iaitu pada 23 Oktober 2019 di Pejabat UMNO Bahagian Pontian, 26 Julai 2020 di Puteri Habour Iskandar Puteri dan 26 Ogos 2020 di Hotel Seri Malaysia Johor Bahru, Nur Jazlan tidak pernah berkata apa-apa yang berkaitan dengan ketidaksetujuan terhadap PAS namun ianya lebih dizahirkan di dalam medium media massa.

7. PAS masih mengambil sikap untuk meneruskan usaha bagi mengadakan pertemuan dengan UMNO di peringkat negeri Johor. Ini adalah sikap PAS yang konsisten dan pertemuan ini hanya akan berlaku sekiranya UMNO membuka jalan untuk ianya direalisasikan. Tidak ada apa-apa pun kerugian sekiranya pertemuan ini diadakan sekiranya hasrat untuk memberikan keutamaan kepada agama, bangsa dan negara diletakkan sebagai kepentingan bersama.

8. Kini terpulang kepada UMNO Johor kerana PAS lebih utamakan perpaduan, apa yang pasti mencerca bukanlah satu jalan penyelesaian.

Sekian.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
29 Januari 2022, 12.05 malam

Ulasan