TAHNIAH KEPADA ADUN PAS DAN BERSATU YANG KEKAL MEMPERTAHANKAN KERAJAAN JOHOR SEHINGGA DUN DIBUBARKAN



Satu perkara yang perlu rakyat Johor melihat dan menilai apabila ingin membuat penilaian terhadap calon dan parti yang mereka akan pilih di dalam Pilihan Raya Umum Negeri Johor (PRN Johor) nanti adalah kemampuan dan kesetiaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk kekal mendokong kerajaan Johor sehingga DUN dibubarkan baru-baru ini. 


ADUN PAS dan BERSATU yang mewakili Perikatan Nasional (PN) kekal beristiqamah untuk mendokong kerajaan pimpinan Menteri Besar Negeri Johor (MB Johor) Dato' Haji Hasni bin Mohammad. Tiada mana-mana ADUN daripada PN yang bertindak membuat kenyataan untuk menggesa supaya kerajaan dibubarkan atau mendesak MB Johor dengan pelbagai desakan malah PN Johor mengambil sikap untuk mengekalkan kerajaan yang ada sehingga PRU15 yang akan datang.


Inilah sikap ADUN PN di Johor walaupun menyedari bahawa kerajaan hanya berkelebihan Satu Kerusi di DUN Johor kerana kepentingan rakyat diutamakan. Sikap ini adalah sikap terpuji mantan ADUN PN dan saya yakin sikap ini akan terus di bawa dan disematkan di dalam semua bakal calon PN di dalam PRN Johor nanti, insya Allah.  


Justeru pengundi di Johor perlu memberikan sokongan kepada calon-calon PN di dalam PRN Johor nanti. 


Sekian.


Khairul Faizi bin Ahmad Kamil

6 Februari 2022

Ulasan