PRN JOHOR: Utamakan parti, calon intergriti – Khairul Faizi

 


BATU PAHAT, 2 MAC 2022 – Demi intergriti semua calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding dalam Pilhan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac ini diwajibkan mengangkat sumpah supaya tidak akan melakukan salah guna kuasa dan rasuah.

Itu antara kelainan yang ada pada kesemua calon Perikatan Nasional jelas Khairul Faizi Ahmad Kamil ketika ditemubual dalam Bicara Siasah yang dibuat secara live menerusi Facebook Page KelantanTV malam tadi.

Calon N.25 Senggarang itu juga memberitahu bahawa PAS tiada masalah dalam soal integriti memandangkan sehingga kini tiada satupun bukti yang menunjukkan pimpinan PAS terlibat dalam isu rasuah mahupun salah laku sosial.

Ini membuktikan calon PAS Perikatan Nasional selayaknya menjadi pilihan rakyat. 

Dalam bual bicara juga Khairul Faizi menegaskan tentang perlunya pengundi memilih wakil rakyat yang mempunyai ciri-ciri yang boleh turun padang dan bijak dalam mengubal dasar di peringkat negeri.

Latar belakang atau biodata calon juga memainkan peranan yang penting dalam ciri-ciri memilih wakil rakyat yang berilmu, idea dan pengalaman juga mempunyai latar belakang Agama yang boleh menjadi khalifah untuk memimpin rakyat secara keseluruhan.

“Perlu baca manifesto, perlu baca biodata calon, kenali mereka. Orang tempatan atau luar tempatan yang penting bagi saya, orang yang mampu untuk mengatasi masalah rakyat yang berada dalam kawasannya,” ujarnya lagi.

Ulasan