Tiada masalah untuk hadapi banyak penjuru – Khairul Faizi

 


Oleh Nazirul Munir
Kluang : Tiada masalah untuk hadapi pertandingan 5,6 ataupun 7 penjuru. yang penting adalah keterbukaan dan ruang yang diberikan kepada semua calon diberikan sama rata.
Demikian dinyatakan oleh Penolong Setiausaha PAS Pusat apabila diumumkan sebagai calon yang akan bertanding di kerusi DUN N24 Senggarang sewaktu majlis memperkenalkan calon Perikatan Nasional di Dewan Kencanapuri, Pulai Spring Resort, Pulai harini.
“Apabila berlaku pertembungan yg besar, yang melibatkan banyak calon untuk bertanding dalam satu-satu DUN itu menunjukkan DUN tersebut mempunyai potensi untuk menang lebih tinggi. Mungkin mengambil kira DUN senggarang itu mempunyai komposisi kaum yang lebih terbuka untuk semua pihak dan parti bertanding.
“Saya melihat ini satu ruang yg lebih baik utk semua pihak utk menunjukkan sejauh mana kemampuan semua calon untuk berkempen utk dipilih sebagai wakil rakyat tempat tersebut, jadi saya tidak melihat ini satu ancaman tetapi satu ruang terbuka kepada semua pihak,” ujar Faizi.
Kerusi DUN Senggarang akan berlaku pertandingan 5 penjuru apabila Hj Yusla Ismail (BN) , Abd Hamid Jamah (PAN), Zaliha Jafffar (Pejuang) serta Bahruddin Abdullah (Bebas -Integriti) juga diumumkan untuk bertanding di DUN berkenaan.
Kerusi Senggarang telah dimenangi oleh Khairuddin A Rahim daripada PH pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 yang lepas yang memperolehi dengan 10568 undi menewaskan calon BN, Zaidi Japar (9759 undi) dan calon PAS, Dr Mohd Ramli (2699 undi) dengan majoriti 809 undi selepas memperolehi.
Pada PRU-14 yang lepas juga PH telah membentuk kerajaan setelah memenangi 36 kerusi, manakala BN memperolehi 19 kerusi sementara PAS pula mendapat satu kerusi daripada 56 kerusi keseluruhan di dalam Dewan Undangan Negeri Johor dengan sebanyak 29 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan secara majoriti mudah

https://berita.pas.org.my/tiada-masalah-untuk-hadapi-banyak-penjuru-khairul-faizi/

Ulasan