Hampir 10,000 ahli baru PAS dalam tempoh 8 hari


Pemenang cabutan bertuah motosikal pada Pelancaran Kempen PAS Pilihanku 4.0. Foto Facebook Perhubungan PAS Kedah

Oleh SYAHIRAH SALLEH

SIK: Sepanjang Kempen PAS Pilihanku 4.0 dijalankan sejak 16 Jun lalu, sebanyak 9,241 ahli baharu PAS berjaya dikumpulkan dari seluruh negara

Dalam tempoh lapan hari, Kedah berjaya mengumpulkan 2,555 borang ahli baharu untuk diserahkan kepada Pejabat Agung PAS, diikuti Kelantan sebanyak 1,920 orang dan Selangor 1,053 orang.

Manakala, Terengganu berjaya mengumpulkan 957 orang, Sabah (618), Perak (585), Pahang (572), Johor (250), Pulau Pinang (200), Negeri Sembilan (137) Perlis (121), Wilayah Persekutuan (91), dan Sarawak (72).

Ulasan