PELANCARAN LAGU KHIDMAT MALAYSIA



Malam tadi, akhirnya lagu rasmi Khidmat Malaysia dilancarkan semasa majlis perasmian Perkhemahan Khidmat Malaysia Kali Ketiga (HEBAT 3.0)

Lebih manis, lagu ini dilancarkan oleh Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu merangkap Naib Presiden PAS.

Idea untuk mewujudkan lagu rasmi ini telah saya cetuskan beberapa tahun yang lalu namun pada masa belum lagi difikirkan kesesuaian masa.

Namun cadangan ini dicetuskan kembali oleh Khairolbazli Hussin selepas selesai Permukiman Khidmat Malaysia sesi ini yang diadakan pada 10-12 Feb 2022 di Perdana Kuala Lumpur City Centre.

Lagu ini bermula dengan lirik yang disediakan oleh sdr Bazli yang dikemukakan kepada saya dan asas melodi lagi ini saya hanya ambil masa 5 minit sahaja untuk disiapkan.

Memandangkan berlakunya PRN Johor maka terpaksalah ditanggungkan seketika penyiapan lagu ini.

Selesai PRN, saya telah kembali ke Batu Pahat dan proses susunan muzik dan rakaman suara dilakukan di studio.

Terima kasih kepada abg Aim Crossfire yang telah bertindak sebagai penyusun/pengubah muzik dan proses rakaman suara di studionya.
Akhirnya, pada 26 Mac 2022, lagu ini telah disiapkan sepenuhnya.

Selesai satu tugas, alhamdulillah...

Lagu seterusnya ; PAS PILIHANKU dijangka akan dilancarkan minggu hadapan. Saya masih istiqamah menggunakan khidmat abg Aim sejak tahun 2013 lagi.

LAGU RASMI KHIDMAT MALAYSIA

Kamilah Khidmat Malaysia
Bersama tika bencana melanda negara
Tak kira di mana ataupun masa
Sedia berkhidmat untuk semua

Kamilah Khidmat Malaysia
Berbakti pada setiap perkara
Tanpa mengira bangsa atau agama
Kerana Allah kami berjasa

(Chorus)

Itulah Khidmat Malaysia
Menghulurkan tangan menyalurkan bantuan
Terus berbakti demi kemanusiaan
Kerana Allah kami berkhidmat

Kamilah Khidmat Malaysia
Bersama tika bencana melanda negara
Tak kira di mana ataupun masa
Sedia berkhidmat untuk semua (3X)

Lagu : Khairul Faizi AK
Lirik : Khairol Bazli/Khairul Faizi AK
Susunan Muzik : Aim Crossfire

Klip video disediakan oleh Haznizul Ahamad Shukery dibantu oleh Muizzuddin Hamid

Ulasan