ANWAR : BERUNDUR ATAU DIUNDURKAN


ANWAR : BERUNDUR ATAU DIUNDURKAN

Bukan mudah untuk menjadi seorang insan bernama Anwar Ibrahim. Secara tiba-tiba beliau boleh keluarkan kenyataan dalam ucapannya bahawa beliau tolak jadi PM selepas di minta tutup kes Mahkamah.







Walaupun umum dah pun tahu betapa Anwar cukup yakin telah pun ada SD yang mencukupi dan cukup popular dengan majoriti yang 'strong, formidable, convincing' tapi akhirnya berlalu begitu sahaja dan terus menjadi bahan lawak yang sukar dilupakan.

Pak Sheikh Anwar boleh buat apa sahaja. Teringat saya dalam satu ceramah yang mana Anwar tunjukkan yang kononnya PAS terima duit dari UMNO. Siap tunjukkan kertas fotostat gelap yang sukar untuk dibaca bukan hanya oleh kita tapi oleh dia sendiri.

Terkini, bakal Timbalan Presiden PKR juga menempelak Anwar Ibrahim dengan dakwaan bahawa ketua pembangkang itu sedang mengalami kemerosotan populariti.

Anwar sudah berada dihujung karier politiknya. Anwar perlu fikirkan apa yang perlu dilakukan olehnya.

Berundur atau diundurkan.

KFAK

Ulasan