TERIMA KASIH SABAH FC

 


TERIMA KASIH SABAH FC

Apabila saya melihat beberapa klip video yang memaparkan insiden yang berlaku di Stadium Likas, melibatkan perlawanan Sabah FC dan JDT termasuk tindakan seorang penyokong Sabah yang menarik dan melarikan bendera Johor, saya bimbang insiden ini akan berpanjangan.

Saya membayangkan apa yang akan terjadi kepada mereka apabila berkunjung nanti ke Johor. Tidakkah nanti perbuatan ini akan menimbulkan kemarahan dan reaksi oleh penyokong JDT?

Sebagai anak jati dan penyokong setia JDT, sudah tentulah saya tidak ingin perkara ini terjadi. Lantas permohonan maaf Sabah FC memang penting untuk meredakan keadaan.

Penyokong bola sepak janganlah terlebih emosi, kita semua rakyat Malaysia, kan...

KFAK

Ulasan