Rang Undang-undang Eksais (Pindaan) 2022


Rang Undang-undang Eksais (Pindaan) 2022

Tuan Yang Dipertua,

Terima kasih kerana memberikan saya ruang dan peluang untuk turut sama berbahas dalam Rang Undang-undang Eksais (Pindaan) 2022 

Saya menyokong pindaan RUU Eksais (Pindaan) 2022 sebagai usaha untuk meningkatkan urusan pentadbiran dan bertujuan memberikan kuasa kepada Ketua Pengarah Kastam kuasa untuk melaksanakan beberapa tindakan yang hanya perlukan pengarahan daripada Ketua Pengarah Kastam dan tidak memerlukan kebenaran daripada pihak yang lebih tinggi termasuk daripada Menteri. 

Saya percaya ia bukan sahaja kita meletakkan kepercayaan kepada Ketua Pengarah Kastam, malah ini memberikan satu ruang yang lebih selesa untuk pihak Kastam Diraja Malaysia melaksanakan sesuatu perkara dengan kadar yang lebih cepat dan segera tanpa perlu menunggu arahan daripada pihak atasan. 

Urusan pentadbiran seperti menentukan bentuk dan cara tuntutan pemulangan balik apa-apa wang yang terlebih bayar atau tersalah bayar, dan memerintahkan supaya dipulangkan balik wang tersebut jika dibuktikan. 

Tuan Yang Dipertua, 

Pindaan ini juga bertujuan untuk memastikan ianya akan memberi manfaat kepada pembayar cukai dalam menyempurnakan obligasi mereka di bawah akta tersebut. 

2 Pindaan ini juga katanya akan memudahkan pihak industri membuat rujukan secara berpusat bagi borangborang percukaian. 

Pindaan Fasal 2 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pindaan am berhubung dengan seksyen 91dc dan 91k, dan subseksyen 47(2), dan perenggan 13(1)(b), 19(1)(d), 19a(1)(e) dan 67(3a)(b), untuk memberi Ketua Pengarah kuasa untuk menentukan bentuk dan cara, antaranya ; 

i. Tuntutan bagi pulangan cukai jika apa-apa barang dieksport oleh pengilang sebagai suatu bahagian daripada atau ramuan bagi apa-apa barang yang dikilangkan dalam Malaysia atau sebagai pembungkus, 

ii. tuntutan untuk pulangan cukai apabila apa-apa barang import, selain barang-barang yang terlibat di bawah seksyen 19e Akta 176 yang atasnya duti eksais telah dibayar, dieksport semula; 

Tuan Yang Dipertua, 

Saya ingin penjelasan lanjut daripada pihak Kementerian berkaitan dengan perkara berikut ; 

FASAL 2 (d) “Permohonan untuk mengkaji semula suatu keputusan Ketua Pengarah oleh mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan itu” 

Apakah maksudnya Fasal ini? Adakah ia membuka ruang kepada semua pihak termasuk Kementerian untuk mengkaji semula keputusan Ketua Pengarah Kastam 3 dan apakah syarat-syarat yang ditetapkan untuk permohonan tersebut? 

Tuan Yang Dipertua, 

Saya dengan ini menyokong Rang Undang-undang Eksais (Pindaan) 2022 dengan satu soalan yang perlukan maklumbalas daripada Kemeterian. 

Sekian. 

Terima Kasih. 

YB SENATOR BALASUBRAMANIAM A/L NACHIAPPAN, JP

Ulasan