SUMBANGAN UNTUK PERTINGKATKAN PEMBANGUNAN HOKI STAR

 


Dear brothers,

Berikutan kejayaan STAR Anaconda yang menjadi juara untuk kali ke-6 pada Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan 2022 baru-baru ini, Kelab Hoki STAROBA (STAROBA Hockey) mengorak langkah untuk membantu pasukan sekolah agar terus mendahului dan mengungguli sukan hoki di peringkat SBP.

STAROBA Hockey bercadang untuk memperbaiki perimeter turf sekolah dengan memasang pagar baharu bagi tujuan keselamatan. Di samping itu, STAROBA Hockey juga bercadang untuk membuat papan sisi mudah alih bagi membolehkan pihak sekolah menganjurkan pertandingan Hoki 5 Sebelah (Hockey5s) di turf sekolah yang sedang meningkat naik dalam arena hoki dunia.

Perbelanjaan kedua-dua pagar dan papan sisi tersebut dianggarkan berjumlah RM30,000. Dengan ini STAROBA Hockey menyeru semua warga STAR dari pihak bekas pelajar, ibu bapa dan lain-lain untuk membantu menyumbang kearah pembangunan hoki sekolah yang dicintai ini.

Sumbangan boleh dibuat menerusi akaun Kelab Hoki STAROBA 564490438667 (Maybank). Jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi Iskandar Rashdan bin Mohd Rusli (STARian 94) di talian 013-3606365.

Sumber : https://www.facebook.com/groups/starobahockey 


Ulasan