TIKTOK :HAMPIR 5000 FOLLOWERS!



TIKTOK :HAMPIR 5000 FOLLOWERS!

Akaun Tiktok ini saya wujudkan Empat hari sebelum Hari Mengundi di PRN Johor. Itupun kerana permintaan dari petugas-petugas anak muda, jika ikutkan memang saya tak berhasrat untuk ada akaun Tiktok selepas saya tutup akaun yang pertama.

Kali pertama saya wujudkan akaun selepas Muktamar PAS di Kelantan pada tahun 2020 selepas Pemuda PAS giat melancar kempen medsos khususnya Tiktok. Nadzir Ibnu Helmi kuat berkempen dan atas faktor itu, maka saya buat jugalah akaun bersama Dr Halimah dan Dr Najiha sebelum kami bertolak balik ke destinasi masing-masing.

Setahun jugalah saya bertiktok dan terasa seperti tak berfaedah pulak melayan Tiktok ketika itu disebabkan kebanyakkan content lebih kepada suka² dan berhibur. Maka saya pun tutup akuan itu dengan followers tak sampai pun 150 orang!

Sebab itu, bila permintaan untuk saya wujudkan akaun tiktok semasa PRN Johor di Senggarang, saya tak setuju pada peringkat awal.

Selepas PRN, saya fikir apa saya nak buat dengan akaun tiktok saya, maka timbullah idea apabila saya sudah mula menulis BICARA Khairul Faizi AK secara harian. Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan dan adakalanya tinggi viewers.

Saya ada bercakap dengan kawan-kawan, nanti bila followers sudah capai 5000, saya nak fokus pada content dengan video dan live. Hari ini sudah 4990 orang followers, terasa bebanan pulak nak tunaikan janji.

Apapun, doa-doakan saya. Mudah²an tiktok akan jadi medium untuk berdakwah dengan lebih efektif. Jika ada cadangan untuk content, boleh tulis saja di sini.

Terima kasih semua

KFAK

Ulasan