101 GEMPA BUMI BERLAKU DALAM SEJAK 1 OKTOBER 2022


101 GEMPA BUMI BERLAKU DALAM SEJAK 1 OKTOBER 2022

Sejak saya muat turun apklikasi Earthquakes Tracker, setiap kali berlakunya gempa bumi, saya akan menerima notifikasi melalui handphone.

Pada awalnya, memang rasa 'seronok' sebab sentiasa mendapat info terkini mengenai gempa bumi yang berlaku di seluruh dunia tetapi lama-kelamaan rasa bimbang hadir apabila kerap sangat menerima notifikasi ini.

Bayangkan, 101 kali gempa bumi berlaku sejak semalam dan ada gempa bumi berlaku melebihi bacaan 5 skala richter. Kebetulan pula, ada gegaran yang telah menyebabkan kematian.

Kawasan tumpuan utama adalah di sekitar kawasan Asia Tenggara, sebelah Mexico, Barat Benua Amerika Selatan, Eropah termasuk Turki dan barat Australia termasuk New Zealand.

Awal pagi tadi, gempa bumi sederhana berkekuatan 5.9 pada Skala Richter melanda barat daya wilayah Miyazaki dan beberapa bahagian Jepun.

Gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter menggegarkan wilayah barat Sumatera Utara Indonesia di Gapanuli Utara awal pagi semalam yang telah menyebabkan seorang maut. Gegaran ini turut dirasai oleh penduduk di Lembah Klang.

12 jam tadi, gempa bumi berlaku di Halmahera, Indonesia dengan magnitud 5.0 Richter namun tidak menyebabkan kerosakan atau kematian.
Mesti ada yang tertanya, apa beza antara tanda warna hijau dan warna oren dalam gambar² yang saya sertakan dalam posting ini.

Warna hijau adalah tempat yang mana kadar gempanya di bawah 5 Richter manakala warna oren untuk gempa yang mencatatkan 5.0 skala Richter ke atas.
Terbaru, berlakunya gempa di Mindanao, Filipina dengan skala 3.3 Richter 16 minit yang lalu.

Dengan berlakunya gempa bumi di sekitar negara kita, Malaysia yang dikatakan sebelum ini berada di kawasan berisiko rendah terhadap gempa bumi, kini terdedah kepada risiko bencana itu kerana berada tidak jauh dari zon yang selalu berlaku gempa.

Tahun 2015, gempa bumi berskala 5.9 magnitud telah menggegarkan bumi Ranau, sehingga meragut 18 nyawa, memusnahkan harta benda dan meruntuhkan tanda Gunung Kinabalu, puncak yang dikenali sebagai Donkey Ear.
Justeru langkah berjaga-jaga perlu dipertingkatkan dengan perkembangan situasi terkini ini.

KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL
2 Oktober 2022, 10.14 malam.

Ulasan