ORANG KITA TAK AMBIL KISAH PUN : LOGAN


Alhamdulillah, dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) tadi, saya gunakan khidmat GRAB kerana keterlewatan tiba di sana dan perkhidmatan LRT telahpun tamat pada pukul 11.30 malam.

Rezeki saya malam ini dapat menggunakan khidmat GRAB yang dipandu oleh En. Logan, seorang anak muda yang telah sepenuh masa memandu GRAB sejak bulan April yang lalu.

Anak mantan seorang Tentera Laut (ayah) dan Tentera Darat (ibu) yang baru berusia awal 30-an dididik dengan disiplin dalam kehidupannya. Cara beliau bercerita dan berkongsi pendapat membayangkan betapa cara pemikirannya sangat baik baik generasi muda masa kini.

Kami bercakap soal banjir, kawasan/bandar yang akan tenggelam, kejadian gempa bumi, pemakaian facemask sehinggalah isu pembuangan sampah serta penggunaan plastik yang meningkat 300% semasa pendemik Covid 19 yang lalu.

Anak muda ini memang sangat prihatin dengan isu alam sekitar dan masa hadapan negara sehingga dia melahirkan rasa kesal terhadap masyarakat kini yang tidak peka dengan isu-isu alam sekitar termasuklah pemakaian facemask di dalam kenderaan awam.

Logan kata, orang kita tidak kisah pun dengan isu-isu ini, tidak kisahpun buang sampah merata-rata sedangkan dunia kita semakin sesak dengan sampah. Kata Logan, mungkin kita kena fikirkan untuk menghantar sampah ke Bulan ataupun Planet Marikh selepas ini.

Bila berbicara tentang perkara ini, teringat saya kepada dua buah lagu kegemaran saya yang mengkisahkan tentang alam sekitar ;
Zainal Abidin - Hijau (Lirik Video)
Michael Jackson - Heal The World (Official Video)

Dalam lagu Hijau ada dinyanyikan seperti berikut ;

Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila di jiwa kita masih lagi muda
Dan mentah
Ku lihat hijau

Manakala di dalam lagu Heal The World,

Heal the world
Make it a better place
For you and for me, and the entire human race
There are people dying
If you care enough for the living
Make a better place for you and for me

Teman-teman, dunia kita semakin sakit dan kita terus menyakiti dunia kita sendiri dengan aktiviti harian kita. Malah sebahagian daripada kita tidak rasa untuk memperbaiki keadaan ini. Generasi muda yang terdiri dari mereka yang berstatus anak dan cucu kita yang akan mewarisi bumi ini pada masa akan datang apabila kita sudah tidak ada nanti.

Jika kita tidak mampu untuk mempertahankan kelestarian dunia, sekurang-kurangnya kita pastikan diri kita bukanlah mereka yang merosakkan dunia ini.

Tahniah Logan, semoga lebih ramai generasi muda dan berfikiran seperti anda.

KFAK,
3 Oktober 2022, 1.17 pagi


Ulasan