'Paling cepat seminggu selepas bubar Parlimen'

 


SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mampu laksanakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) paling cepat dalam tempoh seminggu selepas tarikh pembubaran Parlimen.

Bekas Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, perkara tersebut mampu dilaksanakan lebih awal sekiranya SPR sudah membuat persediaan lengkap dari segi pentadbiran termasuk lokasi mengundi dan penjumlahan undi, kertas undian, kertas daftar pemilih dan dakwat kekal.



“Ketika zaman saya dahulu, (PRU) ambil masa lebih kurang seminggu. Tetapi kalau semua sudah bersedia, mungkin boleh diumumkan lebih awal (daripada tempoh tersebut).

“Apa-apa pun pihak SPR akan mengadakan mesyuarat khas untuk mendapat keputusan ahli.

“Untuk tentukan tarikh itu mesti ada persetujuan dari semua ahli,” katanya kepada Sinar Harian.

Ujar beliau, selain keupayaan, SPR mengambil kira pelbagai faktor dalam menentukan tarikh mengundi PRU15.

“Pertama kita akan pastikan adakah tempoh (PRU) itu ada perayaan seperti hari raya, Deepavali, perayaan Krismas, Tahun Baharu Cina atau perayaan libatkan kaum-kaum.

“Hari mengundi itu patut disertai semua negeri. Kalau boleh, SPR tidak mahu ada negeri yang tidak bubarkan Dewan Undangan Negeri sebab kena buat dua kali,” ujarnya.Abdul Aziz berkata, faktor cuaca dan bencana alam juga memainkan peranan penting dalam menentukan tarikh pengundian dalam pilihan raya.

https://www.sinarharian.com.my/article/225341/berita/nasional/paling-cepat-seminggu-selepas-bubar-parlimen

Ulasan