RISHI SUNAK : PERDANA MENTERI BRITAIN YANG BAHARU

RISHI SUNAK : PERDANA MENTERI BRITAIN YANG BAHARU

Seperti yang dijangka, Rishi Sunak adalah Calon yang paling dilihat sesuai untuk menggantikan Liz Truss sebagai Pemimpin Konservatif yang baharu dan akan menjadi Perdana Menteri selepas dua orang calon iaitu Penny Mordaunt dan mantan PM UK Boris Johnson menarik diri daripada bertanding, sebelum parti itu dijadualkan mengumumkan bilangan ahli parlimen yang menyokong setiap calon.

Setiap calon mestilah mendapat sekurang-kurangnya 100 sokongan daripada MP kerajaan (Parti Konservatif).

Secara tidak langsungnya, Rishi Sunak, yang baru berusia 42 tahun bakal menjadi PM UK yang baharu. Rishi Sunak adalah anak kelahiran di Southampton, ibubapanya berketurunan India yang berhijrah ke Britain dari Afrika Timur pada tahun 1960an.

Sebenarnya, ini adalah kali Kedua beliau bertanding dalam pemilihan kepimpinan parti Konservatif ; kali Pertama iaitu ketika ingin menggantikan Johnson iaitu pada bulan Julai yang lalu tetapi tewas kepada Liz Truss

Beliau akan menjadi Perdana Menteri Asia-British yang pertama dan yang termuda sejak 1812!

Tahniah Rishi Sunak...

Ulasan