SENTIASA BERSYUKUR...


Alhamdulillah - Segala puji bagi Allah ; ucapan yang biasa disebut sebagai tanda kita bersyukur. Namun ramai yang tak bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan.

Allah SWT berfirman: “Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-Ku yang bersyukur.” (As-Saba’ : 13)

Sedangkan mereka yang sentiasa bersyukur akan ditambah nikmat mereka dan sifat syukur juga membolehkan seseorang mendapat pahala besar.

Firman Allah SWT: “Dan (sebaliknya) Allah memberi balasan pahala kepada orang yang bersyukur (dengan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya).” (Ali-Imran: 144)

Kelebihan orang yang bersyukur akan merasai kebahagian hidup dan sentiasa menghargai pemberian Allah SWT termasuk nikmat usia, kesihatan, harta benda, anak serta keluarga.

Begitu juga, apabila diuji dengan kemiskinan, penyakit, masalah dan pelbagai rintangan lain, hati tetap sabar serta bersyukur kerana yakin setiap sesuatu itu ada hkmahnya.

Sebab itu teman², sentiasalah bersyukur...
---------------
Catatan ringkas sementara menanti staff masuk ke pejabat pagi ini

KFAK
See less

Ulasan