AHLI PARLIMEN PAS DILANTIK KOMANDAN KHIDMAT MALAYSIA







AHLI PARLIMEN PAS DILANTIK KOMANDAN KHIDMAT MALAYSIA

Petang tadi, dalam satu sesi ringkas telah diadakan acara penyerahan Watikah Perlantikan kepada semua Ahli Parlimen Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang dilantik secara rasmi sebagai Komandan Khidmat Malaysia di peringkat Parlimen yang diwakili oleh mereka.

Perlantikan Komandan ini adalah bertujuan untuk menglibatkan semua Ahli Parlimen dalam operasi bencana yang berlaku di peringkat Parlimen secara lebih siatematik dengan kerjasama Khidmat Malaysia di peringkat kawasan.

Komandan Khidmat Malaysia berperanan sebagai Penasihat kepada Jawatankuasa Penyelaras Khidmat Malaysia Kawasan/Parlimen dan akan turun berkhidmat bersama anggota dan sukarelawan Khidmat Malaysia.

Di dalam majlis ini juga telah diumumkan bahawa Pengerusi Khidmat Malaysia merangkap Ahli Parlimen Rantau Panjang, Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusof dilantik oleh PAS Pusat sebagai Ketua Komandan manakala Rushdan bin Rusmi, Ahli Parlimen Padang Besar yang juga Pengarah Khidmat Malaysia negeri Selangor dilantik sebagai Timbalan Pengerusi.

Watikah dan kemeja korporat Khidmat Malaysia telah diserahkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Bharu diiringi oleh Ketua Pengarah Khidmat Malaysia, Khairul Faizi bin Ahmad Kamil.

Antara yang hadir menerima watikah pada petang tadi adalah Dato' Seri Shahidan bin Kassim (Arau), Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (Permatang Pauh), Datuk Seri Ismail Abd Muttalib (Maran), Ustaz Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib (Parit) dan Dr. Haji Abdul Ghani Ahmad (Jerlun)

Dua orang Ahli Lembaga Pengarah Khidmat Malaysia Pusat turut menerima Watikah Perlantikan iaitu Mumtaz Md Nawi (Tumpat) dan Ustaz Nurul Amin Hamid (Padang Terap).

Turut hadir dalam majlis ini adalah Mohd Ashrul Hisyam Abdul Jalil, Setiausaha Khidmat Malaysia Pusat dan Pegawai Tadbir Khidmat Malaysia, Muizuddin bin Hamid.

Sekian.

Ulasan