ISU ARAK : USTAZ FAWWAZ MENJALANKAN TUGAS SEBAGAI WAKIL RAKYAT



Apa yang melampaunya? Adakah hadir berunding itu dinamakan melampau? Bukannya berdemo ataupun merusuh tapi hadir untuk berunding.

Ahli Parlimen Permatang Pauh Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan dan rombongannya telah berkunjung ke Sunway Carnival Mall Butterworth kerana mahu berunding dengan pihak pengurusan berkaitan dengan promosi jualan arak di premis Mall tersebut.

Ustaz Fawwaz memaklumkan bahawa beliau telah terima aduan dari pengunjung Muslim yang tidak selesa dengan promosi arak secara besar-besaran di premis tersebut.

Jadi, apa masalahnya?

ADUN DAP Pulau Pinang Daniel Gooi telah keluarkan kenyataan bahawa Ahli Parlimen PAS itu tidak punya "locus standi" atau hak perundangan untuk campurtangan dan keberadaannya di premis itu menganggu ketenteraman awam.

Memanglah pelik kenyataan ADUN DAP ini dan saya musykil teramat sangat apabila dikaitkan dengan mengganggu ketenteraman awam. Apa yang dinilai sehingga disebut mengganggu ketenteraman awam?

Exco Kerajaan Selangor, orang lama dalam politik juga dilihat bertindak kebudak-budakan. Teng Chan Khim (DAP) yang mengaitkan dengan sia-sia Ustaz Fawwaz bersembahyang kerana tindakan itu. Apa sebenarnya mesej nak disampaikan?

Walaupun akhirnya posting tersebut telah dipadamkan namun ia tetap kekal sebagai sikap yang rendah nilainya dalam memberikan komen terhadap MP Permatang Pauh ini.

Jangan cuba untuk mengambil kesempatan kerana kamu tidak suka kepada PAS, bertindak biar ikut rasional bukannya kerana sentimen.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
12 Januari 2023

Ulasan