KEKEMASAN MEJA KERJA DI PEJABAT - PMX, PMVII DAN SAYA





KEKEMASAN MEJA KERJA DI PEJABAT

Saya suka lihat meja kerja PM, walaupun failnya banyak tetapi tersusun rapi. Biasalah, bila baru masuk bertugas, sudah tentu banyak fail yang nak disemak.

Masuk pejabat waktu hujung minggu, tengah malam atau cuti umum, itu perkara biasa ; menguruskan negara, bukannya menguruskan kedai biasa.

Di mana-mana pun, situasi ini adalah perkara biasa. Sebab itu bila saya lihat gambar PMX di pejabat dengan fail menimbun, bagi saya itu perkara biasa. PMVII pun mengadap situasi yang sama, meneliti fail pada hari-hari pertama di pejabat.

Sehingga satu peringkat, fail di atas meja akan berkurangan kerana banyak urusan telah diteliti dan diselesaikan.

Tahun ini adalah tahun ke 10 saya di pejabat ini. Sudah jarang meja penuh dengan dokumen kecuali pada masa-masa tertentu seperti persiapan menghadapi Muktamar atau program berskala besar. Biasanya keadaan meja akan 'aman sentosa' tanpa banyak dokumen.

Apapun, apa yang nak disampaikan adalah tentang kekemasan meja kerja dan pejabat, tak ada kaitan dengan isu melibatkan PMVII atau PMX ya. Ini bukan cerita politik, cerita politik di siaran yang lain.

Wassalam.

KFAK

Ulasan